button follow&dashboard

ayt gerak2.......

nama saya Zaimatul Nurain...Saya gila cokelat and kaki novel^_^

Sabtu, 20 Ogos 2011

Seram malam jumaat: kisah penunggu kubur lama

Suasana malam begitu sunyi.Jalan raya begitu lengang.Sesekali lori yang berselisih dengan lorinya sambil membunyikan hon dan meninggikan cahaya lampu.Begitulah rutin Azmi sebagai seorang pemandu lori.Kerjaya yang memberikan pendapatan lumayan namun risiko yang dihadapinya juga agak tinggi.Bukan sahaja risiko kemalangan tetapi juga risiko diganggu oleh makhluk halus.Sudah beberapa orang kawannya kemalangan terutama ketika memandu lori pada waktu malam.Mujurlah kemalangan tidak melibatkan kehilangan jiwa.Antara alasan kebanyakan rakannya ialah diganggu jelmaan perempuan melintas dan kereta Volswagen kuning yang tiba-tiba masuk ke laluan mereka sehingga menyebabkan mereka terbabas ketika cuba mengelak.




Hari ini dia terpaksa menghantar barang ke satu daerah di pantai timur dan terpaksa melalui jalan yang dikatakan keras dan berpenunggu oleh kebanyakan rakannya.Bagi Azmi itu semua adalah permainan syaitan yang takkan pernah jemu untuk menggoda dan mengganggu manusia, yang penting manusia cuma perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah agar dijauhkan dan dilindungi dari gangguan syaitan. Tiba-tiba dia terasa hendak terkucil namun dia cuba bertahan kerana tak mungkin ada tandas di kawasan jalan yang serba gelap gelita itu.Tak lama kemudian Azmi ternampak sebuah papan buruk.”Mujurlah ada masjid”,bisiknya dalam hati.Azmi memberhentikan lorinya di tepi jalan dan berjalan masuk ke dalam masjid tersebut.Binaan dan reka bentuk masjid itu agak uzur seolah-olah sudah lama dibina.

Azmi segera mencari tandas untuk membuang hajat.Dalam kesamaran cahaya bulan, dia tersentak seketika apabila ternampak batu-batu nisan terpacak di kawasan sebelah surau tersebut.Rupa-rupanya disebelah surau itu terletaknya kawasan tanah perkuburan Islam.Sesekali terdengar sayup-sayup suara anjing bersahutan.Azmi cuba mengawal perasaan gementarnya.“Assalamualaikum ya ahli kubur”, bisik Azmi perlahan dan terus berjalan masuk ke dalam bilik air.Sedang dia berada di dalam tandas, tiba-tiba Azmi terdengar bunyi paip air dibuka di tandas sebelahnya.Azmi hanya mampu beristighfar di dalam hati.Belum pernah lagi dia diganggu ketika menjalankan tugas.Selama ini dia hanya mendengar cerita dari rakan-rakannya sahaja.Mungkin malam tersebut adalah gilirannya pula.

Setelah selesai, Azmi cepat-cepat keluar dan segera menuju ke biliknya.Matanya hanya mampu memandang ke arah depan.Tidak berani dia memandang ke arah tanah perkuburan tadi.Namun Azmi dapat merasakan dia seolah-olah sedang diekori dari belakang.Semakin laju dia melangkah semakin laju juga benda yang mengekorinya itu.Sebaik sampai ke lorinya, dia segera masuk dan menghidupkan enjin. Belum sempat lorinya bergerak tiba-tiba, pintu di sebelah penumpang diketuk.Azmi tersentak lagi.Dia hanya mampu diam dan tak mampu bersuara.Lidahnya terasa kelu.Azmi cuba mengingat kembali ayat-ayat Al-Quran namun gagal.Timbul perasaan menyesal di hatinya kerana tidak belajar mengaji sehingga habis semasa waktu muda-muda dahulu.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Pintu di sebelah penumpang masih lagi diketuk.Azmi cuba melihat dari cermin sisi sebelah kiri.Dalam samar-samar malam kelihatan lembaga serba putih.Peluh pula membasahi dahi Azmi.Bulu romanya mula menegak.Lututnya menggigil.Tiba-tiba pintu di sebelah penumpang dibuka.Azmi menjerit “Jangan ganggu aku.Pergi kau dari sini”.

“Adik, wallet adik ni terjatuh dalam tandas tadi”, sapa seorang lelaki tua berpakaian putih.

Muka Azmi pucat.Dengan tangan yang terketar-ketar dia mengambil kembali dompetnya.

“Abang ni siapa?”, tanya Azmi dengan suara terketar-ketar.

“Abang Tok Siak dekat masjid ni.Sejak akhir-akhir ni banyak berlaku kecurian tabung masjid dekat area sini.Sebab tu kena tidur dekat masjid ni.Takut ada apa-apa hal.Adik taknak derma dekat surau ni?Nampak macam banyak duit dalam wallet tadi”, jawab lelaki tua itu.

Azmi tersipu-sipu malu sambil menghulurkan sekeping note merah.

0 orang sedang gila_cokelat:

Catat Ulasan

akn di balas komen anda.. =)
terima kasih.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...