button follow&dashboard

ayt gerak2.......

nama saya Zaimatul Nurain...Saya gila cokelat and kaki novel^_^

Selasa, 30 Julai 2013

Oh, dugaan !





Assalamualaikum...
Hurm, xtau strory yang nak diceritakan ni melawakkan, atau sememangnya x patot jadi pada korang !!!
sungguh berat dugaan pada bulan yang mulia ini, namun aku hadapi dengan seikhlas hati...walaupun hati sakit, tapi aku tau Allah hanya ingin menguji diri aku...
do you know, i have haoesemate indian ????
ape pendapat korang ???
xpernah tau tak dari sem 1 sampai la sem last ni, leh lak dapat housemate junior budak india...
sebab tu masa warden datang main redah je aku sangat2 la terkejut beruk..
dapat informasi just student melayu je yang akan masuk umah kiteorg, tapi disebabkan kiteorg berempat je dalam umah, terus dia angkut lagi 6 org penuhkan lam umh.. 
mulanya tak kisah la lau ade junior nak masuk umah pun.
lagi pun aku n the geng x lama lagi dah nak habis study pun..
cuma yang buat aku terperanjat sangat2 adalah 4 orang budak india yang masuk dalam umah..
oh, masa tu hanya tuhan je yang tau hati aku...
memang dah menggelibas habis...
then, pe lagi ngadu kat warden tu.. tp x diterima.. lagi ditengking !!
yela, dah dia india, mesti la nak backup bangsa dia..
dalam hati mmg semua perkataan ada..
dalam bulan ramadhan dia wt cm tu..
ditengkingya INI HOSTEL, BUKAN RUMAH SENDIRI !
dalam hati aku, yang bayar sewa hostel kau ke aku ?????
start dr hari tu aku mmg dh rasa yang keadaan umah aku akan jadi lain dan kejadian itu berlaku disebabkan sikap budak india tu yang guna barang tanpa minta izin ....

first tu dia guna pengampai baju yang member beli..
pengampai tu bru je member beli disebabkan pintu kt dapur tu xboleh bukk, so xde la tempat nk jemur kn.
mlm tu kami pasang pengampai tu.
bangun je sahur tetibe ade baju pulak kat pengampai tu..
aku dah rasa jap lgi berlaku perang dunia la wooii sbb guna brg org x mnx kebenaran !!
bangun si member ni, bising la dia..
boleh jawapannya budak india tu bagi, "XBOLEH KE JEMUR BAJU KAT SITU"?
sengal, lau kau mnx kebenaran xdelah org nak mngamuk cm singa kelaparan kat kau ! aiyooo mmg ssh btul berkomunikasi ngan org cm ni !!
lepas tu pengotor lak tu.. buat sampah, tapi xnak bersihkan..
dok harapkan sorang drpd kalangan dak india tu je yg wat keja.. yg lg 3 wat sampah je..
dah tu start dr diorg masuk, umah dah x secure lagi..
pintu xnak kunci !! penat ckp, tp xde yg berubah !

dan malam ini yang buat aku bengang adalah ...
CAWAN AKU BUDAK2 INDIA TU GUNA !!! 
patot la lama aku x nampak,rupanya diorang yang pakai !
sangat sangat sakit hati ! xsuka bila brg mknan mnuman yg aku guna kan kna kongsi ngan orang yang bukn islam !
x boleh trima lagi2 xde mnx kebenaran !!!
dah la dr mula pindah umah pun, bknnye phk kolej btulkn pun ape yg rosak dlm umh ni !! semua kiteorg buat sendiri oiii !
dapur masak aku bawak dr jb,tong gas pun beli sendiri...

ape yang aku luahkan ni bkn nk brukkn kolej, tp sgt xpuas hati bila disatukan dgn non muslim dalm 1 umh...
ni la jadinya bila disatukan kan !!!
apa2 pun course yang dianjurkan kolej ni semua mmg best,tp masalah yg berlaku adalah mengenai hostel..
mengganggu emosi aku ! nak study pun xde mood !
sekian...........

Isnin, 29 Julai 2013

Amin ya Rabbal alamin...

♥DO'A UNTUK JODOH KU,AAMIIN KAN DO'A INI♥ 

☆ BismillaahiRRahmaaniRRaahiim ☆ 

❥ YA ALLAH : Jika pendampingku telah ENGKAU tetapkan, maka gerakkan hatinya untuk menujuku..

Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Ridha-MU..

Karena ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-Mu..

Dan ENGKAU juga yang kuasa membolakbalikkannya..

❥ YA ALLAH : Jika dia masih jauh, maka dekatkanlah..

Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan karena-MU..

Tautkanlah hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju ridha-MU..

❥ YA ALLAH : Yang Maha Pecinta. Yang Maha Pemilik cinta sejati..

Jika cintaku ENGKAU ciptakan untuk dia,Tabahkan hatinya..

Teguhkan imannya..

Tegarkan penantiannya..

❥ YA ALLAH : Sang Pemilik Hati..

Jika hatiku ENGKAU ciptakan untuk dia, penuhi hatinya dengan
Kasih Sayang-MU..

Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..

Limpahkan kelapangan dalam qalbunya dengan kesabaran..

Temanilah dia dalam kesepian..

❥ YA ALLAH : Tiada tempat ku bersandar selain kepada-MU..

Kutitipkan cintaku pada-MU untuknya..

Kutitipkan sayangku pada-MU untuknya..

Kutitipkan rinduku pada-MU untuknya..

Mekarkan cintaku bersama cintanya..

Satukan hidupku dan hidupnya dalam Cinta-MU..

❥ YA ALLAH : Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri..

Pasti kebahagiaan itu akan aku dapati..

Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantianku..

❥ YA ALLAH : Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan..

Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku..

Agar kami dapat bersama-sama berjamaah untuk tetap Menuju-MU..

Bimbinglah hati kami..

Kuatkan hati kami..

Penuhilah dengan Rahmat serta kasih sayang-MU selalu..

♥Aamiin Yaa Rabbal'aalaamiin♥




p/s: moga dimakbulkan doa ini walaupun perjalanan ku masih jauh lg...setiap manusia sememangnya diciptakan berpasang-pasangan... ^_^

Khamis, 25 Julai 2013

Lebih suka menghukum dari memberi peluang......


Dalam hidup kita ni tiada manusia yang sempurna...
Hanya Allah swt dan kekasihnya, Nabi muhammad s.a.w shj kan yang sempurna dalam segala hal...
namun, ape2 pun kita tetap untuk menjadi yang terbaik kan...
kerana dalam diri setiap manusia pasti ade sekelumit  untuk dia menjadi yang terbaik kan..
niat kita hanya Allah swt yang mengetahui..
kebiasaan pada pandangan mata manusia, setiap yang kita lakukan sama ada baik atau jahat
semuanya diperkatakan, diperdebatkan,dipertikaikan...
adakah benar kita perlu begitu walaupun kita sangat2 la membenci manusia itu...
kenapa terus menghukum dari memberi peluang ???????

aku sedar, aku juga bukanlah manusia yang baik dan sentiasa tidak terlepas dari membuat silap..
namun, saat ini hati aku terdetik memikirkan perkara ini, kerana insan yang aku sayangi di caci dan di benci orang...
di tuduh seorang penipu dan segala kejahatan semuanya dikaitkan dengannya...
setiap ibadah ku, sentiasa aku memohon pada Allah swt supaya memberikan aku petunjuk yang sebenar tentang diri insan itu,,,
namun, aku tetap memberikan peluang kepadanya agar berubah..
aku tau dia mempunyai sikap yang tidak baik..
namun, siapalah kita untuk menghukum dia..
sedangkan kita jua bnyak dosa yang ingin di pikul..
namun, setiap ape yang aku luahkan ini hanya lah mendapat tentangan hebat dari orang sekeliling ku..
malah, aku sendiri dimarahi kerana dikatakan aku backup pada insan itu...
Ya Allah, Salah ke ape yang aku lakukan ????
aku juga ade rasa ingin berubah ke arah lebih baik..
walaupun aku tidak sempurna, aku tetap kuatkan diri aku untuk memberi kan kata2 semangat pada insan tersebut agar terus kuat dan abaikan kata2 manusia yang tidak membina apa2 pada dirinya.. malah, ambik kata2 mereka untuk dijadikan sebagai motivasi dan untuk masa depannya...
walaupun, tiada seorang manusia yang akan berada di sampingnya, Allah swt sentiasa bersamanya...
aku sampai hilang kata2..
ape la daya aku..aku tidak berada di tempatnya...
aku hanya mampu berdoa......
moga ada cahaya kebahagiaan pada dirinya akan datang...
amin...

Rabu, 24 Julai 2013

Kisah Suka Duka di Bulan Ramadhan.......


Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas dan dapat menyambut bulan ramadhan pada tahun ini...
Bagaimanapun, ramadhan tahun ini ku sambut dengan kesedihan..
Allah swt mengujiku...
Dalam kepayahan, aku cuba memujuk hati supaya redha dan ikhlas dengan ujian yang Allah berikan pada ku...
Sehingga kini, masalh itu masih berada dalam pikiran ku..
aku masih keliru...
aku terpaksa membuat keputusan dalam keadaan aku yang keliru untuk mencari kebenaran...
Ya Allah, sesungguhnya kau yang maha mengetahui isi hati ku Ya Allah..
Ape yang aku lakukan adalah agar kehidupan aku terus diberkati dan aku berharap aku tidak akan derhaka pada kedua ibu bapa aku..
namun, aku terpaksa membiarkan hati seorang insan yang sangat mencintai dan menyayangi ku terus disakiti dengan pelbagai cemuhan dan cacian yg org berikan padanya agar aku membenci insan itu..
Ya Allah. aku masih menanti kebenaran kisah hidup ku ini Ya Allah..
adakah benar ape yang orang sekelilingku katakan tentang insan itu..
sungguh aku sangat sedih...
aku xmampu terima... namun aku kuatkan hati aku agar aku terus kuat dan mampu tersenyum di hadapan orang lain..
setiap ibadah ku, ku sertakan dengan doa agar kau beri kan kebenaran tentang kisah hidup ku ini Ya Allah..
Setiap malam sebelum tido, hanya air mata sahaja yang mampu mengalir bagi meluahkan perasaan sedih ku ini Ya Allah...

hingga di saat ini, hati insan itu terus sakit...
pelbagai kata semangat aku berikan padanya sebelum aku dan dia putus hubungan,
namun kata2 itu hanya sementara sahaja..
insan itu, tidak mampu meneruskan kehidupannya seperti yang sebelum2 ini..
bermacam2 dugaan insan itu perlu hadapi..
namun aku teruskan nasihat ku padanya agar dia kuat di saat tiada seorang manusia yang mempedulikannya...
sungguh, aku sedih...
dia, insan yang sudah kehilangan kedua ibu bapa...
masih ada adik-beradik, namun semua dgn hal masing2...

hari ini pula, kami bergaduh kerana dia xnak dgr ape yang aku pesan..
namun, hati aku terusik saat dia mengatakan,
"awak xfaham !!! yang hadapinya saya.. saya yang perlu berlawan dgn cacian dan makian org. saya yang menerima padahnya.. hati saya sakit sangat !!!"
Ya Allah, apelah yang mampu aku lakukan di saat kata2 itu dilemparkan pada aku..
hati aku benar2 terusik dan sangat sedih..
dalam kesedihan itu juga, aku teringat kata2 kedua ibu bapa ku...
"sampai mati aku xkan terima dia"
Ya Allah aku tersepit...
dua2 pihak aku syg...
bagaimanapun, aku memilih kedua ibu bapa aku...
aku terpaksa meninggalkan insan itu seorang diri..
dengan kata2nya"dalam hati saya sikit pun saya tidak akan buang awak walaupun 1 masa awak akan lupakan saya"
sedih aku, hanya Allah shj yang mengetahui..

di saat keluarga aku merancang sesuatu agar aku dan insan itu dipisahkan dengan cara halus, aku sentiasa bermohon pada Allah agar lembutkan hati kedua ibu bapa ku dan mohon agar Allah memberi petunjuk pada aku...
aku xtau mcm mana keadaan aku pd ms akan dtg...
ape pun yang berlaku, aku redha dengan ketentuan tuhan...
aku tau Allah sedang merancang yang terbaik untuk diri ku..
ape yang terjadi ini sudah tertulis dalam hidup ku...
sekian.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...