Dalam hidup kita ni tiada manusia yang sempurna...
Hanya Allah swt dan kekasihnya, Nabi muhammad s.a.w shj kan yang sempurna dalam segala hal...
namun, ape2 pun kita tetap untuk menjadi yang terbaik kan...
kerana dalam diri setiap manusia pasti ade sekelumit untuk dia menjadi yang terbaik kan..
niat kita hanya Allah swt yang mengetahui..
kebiasaan pada pandangan mata manusia, setiap yang kita lakukan sama ada baik atau jahat
semuanya diperkatakan, diperdebatkan,dipertikaikan...
adakah benar kita perlu begitu walaupun kita sangat2 la membenci manusia itu...
kenapa terus menghukum dari memberi peluang ???????
aku sedar, aku juga bukanlah manusia yang baik dan sentiasa tidak terlepas dari membuat silap..
namun, saat ini hati aku terdetik memikirkan perkara ini, kerana insan yang aku sayangi di caci dan di benci orang...
di tuduh seorang penipu dan segala kejahatan semuanya dikaitkan dengannya...
setiap ibadah ku, sentiasa aku memohon pada Allah swt supaya memberikan aku petunjuk yang sebenar tentang diri insan itu,,,
namun, aku tetap memberikan peluang kepadanya agar berubah..
aku tau dia mempunyai sikap yang tidak baik..
namun, siapalah kita untuk menghukum dia..
sedangkan kita jua bnyak dosa yang ingin di pikul..
namun, setiap ape yang aku luahkan ini hanya lah mendapat tentangan hebat dari orang sekeliling ku..
malah, aku sendiri dimarahi kerana dikatakan aku backup pada insan itu...
Ya Allah, Salah ke ape yang aku lakukan ????
aku juga ade rasa ingin berubah ke arah lebih baik..
walaupun aku tidak sempurna, aku tetap kuatkan diri aku untuk memberi kan kata2 semangat pada insan tersebut agar terus kuat dan abaikan kata2 manusia yang tidak membina apa2 pada dirinya.. malah, ambik kata2 mereka untuk dijadikan sebagai motivasi dan untuk masa depannya...
walaupun, tiada seorang manusia yang akan berada di sampingnya, Allah swt sentiasa bersamanya...
aku sampai hilang kata2..
ape la daya aku..aku tidak berada di tempatnya...
aku hanya mampu berdoa......
moga ada cahaya kebahagiaan pada dirinya akan datang...
amin...
0 orang sedang gila_cokelat:
Catat Ulasan
akn di balas komen anda.. =)
terima kasih.....