button follow&dashboard

ayt gerak2.......

nama saya Zaimatul Nurain...Saya gila cokelat and kaki novel^_^

Rabu, 24 Julai 2013

Kisah Suka Duka di Bulan Ramadhan.......


Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas dan dapat menyambut bulan ramadhan pada tahun ini...
Bagaimanapun, ramadhan tahun ini ku sambut dengan kesedihan..
Allah swt mengujiku...
Dalam kepayahan, aku cuba memujuk hati supaya redha dan ikhlas dengan ujian yang Allah berikan pada ku...
Sehingga kini, masalh itu masih berada dalam pikiran ku..
aku masih keliru...
aku terpaksa membuat keputusan dalam keadaan aku yang keliru untuk mencari kebenaran...
Ya Allah, sesungguhnya kau yang maha mengetahui isi hati ku Ya Allah..
Ape yang aku lakukan adalah agar kehidupan aku terus diberkati dan aku berharap aku tidak akan derhaka pada kedua ibu bapa aku..
namun, aku terpaksa membiarkan hati seorang insan yang sangat mencintai dan menyayangi ku terus disakiti dengan pelbagai cemuhan dan cacian yg org berikan padanya agar aku membenci insan itu..
Ya Allah. aku masih menanti kebenaran kisah hidup ku ini Ya Allah..
adakah benar ape yang orang sekelilingku katakan tentang insan itu..
sungguh aku sangat sedih...
aku xmampu terima... namun aku kuatkan hati aku agar aku terus kuat dan mampu tersenyum di hadapan orang lain..
setiap ibadah ku, ku sertakan dengan doa agar kau beri kan kebenaran tentang kisah hidup ku ini Ya Allah..
Setiap malam sebelum tido, hanya air mata sahaja yang mampu mengalir bagi meluahkan perasaan sedih ku ini Ya Allah...

hingga di saat ini, hati insan itu terus sakit...
pelbagai kata semangat aku berikan padanya sebelum aku dan dia putus hubungan,
namun kata2 itu hanya sementara sahaja..
insan itu, tidak mampu meneruskan kehidupannya seperti yang sebelum2 ini..
bermacam2 dugaan insan itu perlu hadapi..
namun aku teruskan nasihat ku padanya agar dia kuat di saat tiada seorang manusia yang mempedulikannya...
sungguh, aku sedih...
dia, insan yang sudah kehilangan kedua ibu bapa...
masih ada adik-beradik, namun semua dgn hal masing2...

hari ini pula, kami bergaduh kerana dia xnak dgr ape yang aku pesan..
namun, hati aku terusik saat dia mengatakan,
"awak xfaham !!! yang hadapinya saya.. saya yang perlu berlawan dgn cacian dan makian org. saya yang menerima padahnya.. hati saya sakit sangat !!!"
Ya Allah, apelah yang mampu aku lakukan di saat kata2 itu dilemparkan pada aku..
hati aku benar2 terusik dan sangat sedih..
dalam kesedihan itu juga, aku teringat kata2 kedua ibu bapa ku...
"sampai mati aku xkan terima dia"
Ya Allah aku tersepit...
dua2 pihak aku syg...
bagaimanapun, aku memilih kedua ibu bapa aku...
aku terpaksa meninggalkan insan itu seorang diri..
dengan kata2nya"dalam hati saya sikit pun saya tidak akan buang awak walaupun 1 masa awak akan lupakan saya"
sedih aku, hanya Allah shj yang mengetahui..

di saat keluarga aku merancang sesuatu agar aku dan insan itu dipisahkan dengan cara halus, aku sentiasa bermohon pada Allah agar lembutkan hati kedua ibu bapa ku dan mohon agar Allah memberi petunjuk pada aku...
aku xtau mcm mana keadaan aku pd ms akan dtg...
ape pun yang berlaku, aku redha dengan ketentuan tuhan...
aku tau Allah sedang merancang yang terbaik untuk diri ku..
ape yang terjadi ini sudah tertulis dalam hidup ku...
sekian.......

0 orang sedang gila_cokelat:

Catat Ulasan

akn di balas komen anda.. =)
terima kasih.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...