button follow&dashboard

ayt gerak2.......

nama saya Zaimatul Nurain...Saya gila cokelat and kaki novel^_^

Khamis, 30 Ogos 2012

Perkahwinan yang simple menjadi idamanku....

Sweet kan perkahwinan Ustaz Don bersama pasangannya, Husna..
sangat simple k...
suka lak..tetiba majlis perkahwinan dia menjadi idaman teman..
huhuhu..berangan jek aku ni..
apa yang menarik tentang perkahwinan ustaz don adelah:


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

sangat menyukai yang no 8..
insya'Allah aku jua ingin perkahwinan se simple..amin..
^_^


0 orang sedang gila_cokelat:

Catat Ulasan

akn di balas komen anda.. =)
terima kasih.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...